Alhamdulillah.. Tempahan pada malam ini PENUH. Bersamaan 4 Mei 2012 Jumaat malam Sabtu. Dijangka tempahan akan terus penuh pada cuti sekolah Bulan Mei ini. Sila buat tempahan awal. Maaf update di Blog tidak dapat dijalankan kerana admin tak sempat. hihihi. Apepun Selamat bercuti dari kami di Shah Jehan Housestay.
7 Rumah penginapan penuh. Tempahan On The Sport yang tidak dijangka-jangka. Syukur. :)
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kami di Shah Jehan Housestay menjunjung kasih Tuanku!
Tanggal 11 April 2012, Rabu, Malaysia mencatatkan sejarah
apabila Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul
Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik menjadi
Yang Di-pertuan Agong buat kali ke-2 untuk menjadi YDPA ke-14.
Tuanku Abdul Halim merupakan sultan dan raja bagi negeri Kedah Darul Aman.
Baginda pertama kali menjadi YDPA adalah pada tahun 1970 sehinggalah
1975 pada usia 42 tahun. Pada masa itu PM adalah Tun Abdul Razak.
Kini, baginda menjadi YDPA pada tahun 2012, selepas 4 dekad pada usia 84
tahun. Menariknya, PM adalah anak kepada Tun Abdul Razak, iaitu Datuk
Seri Najib Razak.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan
kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri
masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet
dan isteri masing-masing.
1970 (42 tahun) 2012 (84 tahun)
Inilah baginda Yang Di-pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Almu’tasimu
Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Badlishah pada era yang berbeza.
Daulat Tuanku!
Salam.
Tempahan untuk cuti sekolah bulan Mac bolehlah menghubungi no.telefon yang tertera di blog.
Jadual tempahan tidak dapat di update berikutan admin sibuk akhir2 ni. maaf. :)
Kami mengucapkan salam Maulidul Rasul 1433 Hijrah.
Pada diri Rasulullah itu adalah sebaik2 ikutan dan contoh akhlak terpuji.
Kami Umatmu.
Tarikh & Owner
23 Disember 2011- Adnin. Full RM200.00 Puan Zaiton.
24 Disember 2011. Ma'wa, Naim,Adnin,Darul Muqamah. Deposit RM500.00 Puan Jamaiah